mulakan perniagaan SMS CONTEST

Posted by olskool3191 under , ,


SMS In-A-Box Contest adalah adalah pakej yang membolehkan anda untuk menganjurkan satu bentuk pertandingan berkonsepkan 'soal-jawab' seperti teka-teki, kuiz, teka kata dan sebagainya.

Apakah SMS Contest :

SMS Contest adalah satu aplikasi SMS yang boleh diuruskan melalui web. SMS Contest secara asasnya membolehkan anda menganjurkan pertandingan seperti kuiz, teka teki, teka kata dan sebagainya. 

Pemenang pertandingan pula boleh dipilih mengikut jumlah jawapan yang betul, pemenang yang paling pantas menjawab, penyertaan yang paling banyak dan sebagainya.

Untuk menjamin keaslian dan membezakan pemenang, pelanggan juga diberi pilihan sama ada perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu atau tidak.


Bagaimana SMS Contest Berfungsi :

Pelanggan diberi pilihan sama ada akan mendaftar keahlian terlebih dahulu atau tidak.

Selepas itu pelanggan akan menaip keyword untuk memulakan pertandingan. Contohnya GAME[jarak]MULA. Soalan pertama akan dihantar kepada pelanggan. Apabila pelanggan menjawab soalan dengan betul, maka soalan seterusnya akan dihantar sehingga soalan tamat. 

Selesai tamat tempoh pertandingan, sebagai pentadbir anda boleh lihat statistik penyertaan dan juga senarai pemenang pertandingan.

Sebagai pentadbir pertandingan juga, anda boleh mencipta, menyunting dan memadam mana-mana soalan. Anda juga boleh mengubahsuai semua soalan berdasarkan konsep pertandingan. Sebagai contoh, kuiz bolasepak Piala Dunia. Maka semua soalan adalah berdasarkan kepada pertandingan bolasepak Piala Dunia.

Apakah Yang Anda Akan Perolehi :

        - 5 digit shared short code
        - Satu unik 'keyword'
        - Laman Web untuk Laporan Trafik SMS
        - Laman Web untuk Anggaran Jualan
        - Laporan Jualan Bulanan
        - Video Tutorial
        - Manual Pengguna 
        - Borang Permohonan dan Pengaktifan 


0 comments: